Program & Projek JIWA
Program berterusan dan projek khas yang digerakkan oleh sukarelawan JIWA. Setiap program memaparkan acara akan datang, kempen dan kiriman terkini secara automatik.

Projek Jiwa Jumaat
Inisiatif untuk bersedekah meraikan hari Jumaat dengan memberi bantuan kepada penerima manfaat juga rumah kebajikan yang memerlukan.

Projek Komuniti Kita
Inisiatif untuk membahagiakan pelbagai jenis komuniti di Malaysia seperti warga emas, anak yatim, orang asli, oku, frontliner dan ramai lagi.

Projek Usratuna
Inisiatif untuk memberi sedikit keselesaan dengan membantu sedaya mampu keluarga penerima manfaat yang terpilih untuk meringankan bebanan mereka.

Projek Tunawicara
Inisiatif untuk memberi pengetahuan baharu dan kesedaran tentang penggunaan bahasa isyarat asas.

Projek Suka-Rewang
Inisiatif untuk memberi kegembiraan kepada komuniti terpilih melalui konsep penyediaan makanan sekaligus memperkasakan kesukarelawanan.

Projek Potluck Ad-Deen
Inisiatif untuk perkongsian motivasi santai demi meningkatkan kesihatan mental, fizikal juga spiritual. Komuniti yang hadir turut membawa makanan potluck.

Tabung Jiwa Banjir
Inisiatif kemanusiaan untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam akibat banjir. Keutamaan bantuan pasca banjir ; Bantuan Kit Beg Keselamatan, Kit Tidur Lena, Kit Hygiene, Kit Dapur, Operasi Pembersihan dan lain-lain ikut semasa

Tabung Jiwa Palestin
Inisiatif kemanusiaan untuk memastikan hospital di Sempadan Gaza terus hidup untuk merawat mangsa-mangsa saudara Palestin. Agihan penjana elektrik petrol

Tabung Jiwa Syria
Inisiatif kemanusiaan untuk membantu kelangsunngan hidup buat pelarian Syria melalui barangan makanan dan keperluan asas.

Kempen 10
Inisiatif untuk melancarkan lagi gerak kerja projek-projek kebajikan dan kesedaran sosial terutama dalam menghantar bantuan segera kepada keluarga asnaf, rumah kebajikan dan mereka yang memerlukan dalam kadar segera

Projek Kit Jenazah
Inisiatif fardhu kifayah untuk mengagihkan set lengkap kain kafan untuk kegunaan masjid, surau, rumah kebajikan dan ngo fokus untuk pengurusan jenazah

Projek Masih Hidupkah Esok?
Inisiatif untuk perkongsian ilmu dalam pengurusan jenazah kepada komuniti. Aktiviti tambahan adalah gotong-royong dikawasan perkuburan.

Projek Sembako Food Aid
Inisiatif untuk memberi sedikit kelegaan kepada keluarga penerima manfaat dengan menyediakan bantuan makanan asas kering dan segar untuk komuniti terpilih bersama korporat.

Projek Hajat
Inisiatif untuk melunaskan hajat penderma untuk menyambut hari jadi, tahlil, aqiqah atau doa selamat untuk dihadiahkan kepada rumah2 kebajikan atau mereka yang memerlukan.

Projek Misi Jiwa Sabah
Inisiatif untuk memberi peluang kepada golongan asnaf di Semporna Sabah untuk pembelajaran alternatif 4M (Membaca, Menulis, Mengira, dan Menaakul) dan ilmu tauhid.

Projek Sedekah Subuh
Inisiatif untuk membantu kelangsungan pengurusan dan projek-projek kebajikan JIWA.

Projek Anakku Atokku
Inisiatif untuk menyediaan keperluan asas harian bayi, OKU, warga emas dan pesakit terlantar; iaitu lampin pakai buang, susu formula, alatan perubatan dan kebersihan.

Projek Soonut
Inisiatif untuk memberi sedikit kelegaan kepada keluarga penerima manfaat dengan menyediakan slot berkhatan untuk anak-anak mereka.

Projek Jiwa Ramadan
Inisiatif menghidupkan bulan Ramadan dengan mengagihkan bantuan makanan segar dan kering, juadah iftar juga sahur, baju raya dan pelbagai lagi.

Projek Jiwa Qurban
Inisiatif menghidupkan bulan Qurban dengan menguruskan qurban lembu & kambing juga mengagihkan bantuan makanan segar dan kering, dan pelbagai lagi.
Sertai program JIWA
Kongsi dengan rakan, atau sertai kami sebagai sukarelawan.