- 200GB data
- 100GB hotspot
- Panggilan tanpa had
Tukar talian, sumbang tabung.
Guna talian Eastel bersama JIWA. Anda bayar harga biasa, dan komisen daripada setiap langganan masuk ke Tabung JIWA untuk program komuniti.
- Rangkaian 5G U Mobile
- Kekal nombor lama (MNP)
- SIM atau eSIM
Bagaimana talian anda membantu
Tiada caj tambahan. Bezanya hanya siapa yang mendaftarkan anda.
-
Anda daftar bersama JIWA
Nombor baharu atau pindah nombor sedia ada (MNP), melalui JIWA sebagai ejen sah Eastel.
-
Anda bayar harga biasa
Pelan dan bil bulanan sama seperti melanggan sendiri. Bayaran pelan dibuat terus dalam Aplikasi Eastel.
-
Komisen ke Tabung JIWA
Eastel membayar komisen kepada JIWA bagi setiap langganan. Komisen ini disalurkan ke Tabung JIWA.
JIWA guna sendiri. JIWA juga menggunakan talian Eastel. Hasil komisen membantu menampung kos talian dan menyokong program komuniti, dan dilaporkan berasingan daripada derma dalam Laporan JIWA.
Pelan Eastel
Semua pelan 30 hari dengan panggilan tanpa had. Pelan dipilih dan dibayar dalam Aplikasi Eastel selepas SIM diaktifkan.
- 500GB data
- Hotspot penuh
- Panggilan tanpa had
- 700GB data
- Hotspot penuh
- Panggilan tanpa had
- 999GB data
- Hotspot penuh
- Panggilan tanpa had
Harga pelan oleh Eastel dan boleh berubah. Semak terkini di laman rasmi eastel.com.my.
Cara bertukar
Empat langkah. Pindah nombor (MNP) biasanya siap dalam 2 hari bekerja.
Tempah SIM di bawah
Pilih eSIM, SIM pos, atau ambil sendiri di sekitar Ampang. Starter SIM RM10.
Terima SIM atau eSIM
JIWA sahkan tempahan melalui WhatsApp dan hantar SIM atau maklumat pengaktifan eSIM kepada anda.
Aktifkan dalam Aplikasi Eastel
Muat turun Aplikasi Eastel, kemudian pilih Nombor Baru atau Port In untuk kekal nombor lama.
Pilih pelan dan mula guna
Pilih pelan EZ dan bayar dalam aplikasi melalui Eastel Wallet, atau terus dengan Touch 'n Go eWallet. Kali pertama? Kami bantu anda langkah demi langkah di WhatsApp.
Tempah SIM
Isi butiran, bayar melalui DuitNow QR atau pindahan bank, kemudian hantar resit kepada JIWA di WhatsApp.
Tempahan anda
Jumlah:
Tulis rujukan dalam bayaran anda.
Tiada bayaran sekarang. Bayar RM10 tunai semasa ambil SIM. Hantar tempahan di WhatsApp supaya JIWA boleh tetapkan masa dan tempat.
Soalan lazim
Adakah saya bayar lebih kerana melalui JIWA?
Tidak. Harga starter SIM dan pelan bulanan adalah sama. Sumbangan kepada JIWA datang daripada komisen yang Eastel bayar kepada ejen, bukan caj tambahan kepada anda.
Ke mana wang komisen pergi?
Ke Tabung JIWA, untuk menampung kos operasi seperti talian JIWA sendiri dan menyokong program komuniti. Ia direkodkan berasingan daripada derma dalam Laporan JIWA.
Bolehkah saya kekal nombor lama?
Boleh. Semasa pengaktifan dalam Aplikasi Eastel, pilih Port In. Proses pindah nombor (MNP) biasanya mengambil masa sekitar 2 hari bekerja.
Bayaran RM10 atau RM18 itu untuk apa?
Untuk starter SIM (RM10), dan RM8 penghantaran jika dipos. Ini bayaran jualan SIM, bukan derma, jadi ia tidak layak untuk resit derma. Pelan bulanan dibayar berasingan dalam Aplikasi Eastel.
Bagaimana tahu telefon saya menyokong eSIM?
Kebanyakan iPhone XR ke atas dan telefon Android mewah terkini menyokong eSIM. Jika tidak pasti, pilih SIM fizikal atau tanya kami di WhatsApp dahulu.
Adakah ini selamat? Adakah JIWA simpan IC saya?
JIWA tidak mengumpul IC atau maklumat kad. Pendaftaran identiti dibuat terus dalam Aplikasi Eastel, dan pelan dibayar kepada Eastel. JIWA ialah ejen sah Eastel (ID E-0224749). Eastel ialah MVNO di rangkaian U Mobile.
Saya sudah guna Eastel. Boleh saya bantu juga?
Boleh! Kongsikan halaman ini kepada keluarga dan rakan. Setiap talian baharu yang didaftarkan melalui JIWA membantu tabung.
Satu talian, satu sumbangan.
Kongsikan dengan keluarga dan rakan yang mahu tukar talian. Mereka bayar harga biasa, Tabung JIWA mendapat komisen.