Bilik gerakan untuk NGO semasa bencana
Data PPS rasmi JKM, amaran cuaca MetMalaysia dan laporan team di lapangan, dalam satu paparan. Supaya bantuan sampai ke PPS yang paling perlu, tanpa bertindih.
- Data JKM setiap 2 jam
- Sitrep WhatsApp dibaca AI
- Mod TV bilik gerakan
Bila banjir, maklumat datang dari semua arah
Portal JKM, kumpulan WhatsApp, panggilan telefon. Tanpa satu gambaran yang sama, tiga perkara ini berlaku berulang kali:
Bantuan bertindih
Dua team sampai ke PPS yang sama dengan barang yang sama, sementara PPS lain menunggu.
PPS terlepas pandang
PPS yang sesak atau ada keperluan segera tidak dapat perhatian kerana tiada siapa nampak keseluruhan.
Kawasan terputus
Kampung yang terkandas selalunya tiada PPS, jadi tiada dalam data rasmi. Hanya team di lapangan yang tahu.
Empat sumber, satu paparan
Data rasmi ditarik secara automatik. Laporan team disemak manusia sebelum masuk. Setiap angka bertanda dari mana ia datang.
Data PPS JKM
PPS dibuka dan bilangan mangsa, ditarik dari portal InfoBencana setiap 2 jam.
rasmi · automatikAmaran cuaca
Amaran hujan dan ribut MetMalaysia. Negeri yang ada PPS dibuka diserlahkan.
rasmi · data.gov.mySitrep team
Admin tampal mesej WhatsApp. AI baca jadi draf; admin semak setiap rekod sebelum simpan.
lapangan · disemak adminSatu paparan
Dashboard, peta, padanan team ke PPS, laporan aktiviti dan skrin TV bilik gerakan.
untuk semua teamLihat dalam sistem
Tangkapan skrin daripada sistem sebenar dengan data contoh.
Dibina untuk kerja sebenar
Bukan sekadar papan pemuka. Setiap ciri datang daripada masalah sebenar semasa operasi.
Padanan team ke PPS
Cadangan team ikut kemahiran dan lokasi; keperluan "diambil" supaya dua team tak hantar barang yang sama.
Barisan intervensi
Keperluan disusun ikut keutamaan dan masa menunggu, dengan sasaran masa tindak balas.
Kawasan terputus
Jalan putus dan komunikasi terputus dari laporan team, termasuk kawasan yang tiada dalam data JKM.
Bukti untuk dana
Rekod bantuan diberi, dengan foto dan eksport CSV, untuk laporan kepada penderma.
Privasi
Nombor telefon dan teks asal sitrep untuk admin sahaja. Papan awam baca sahaja.
Silap boleh diundur
Amaran sebelum simpan pendua, "Batalkan sitrep" untuk satu mesej, dan jejak audit untuk setiap perubahan.
Dibina untuk operasi banjir ORCA
Kami bina Bilik Gerakan untuk menyelaras team NGO semasa banjir November 2026. Ia kini dalam ujian pengguna bersama team di lapangan.
Jika NGO, agensi atau komuniti anda mahu menggunakannya untuk operasi bencana seterusnya, hubungi kami. Kami boleh bantu sediakan dan sesuaikan.
- Status
- Demo · ujian pengguna
- Operasi
- ORCA, Nov 2026
- Data rasmi
- JKM, MetMalaysia
- Bahasa
- Bahasa Malaysia
- Peranti
- Komputer, telefon, TV
Soalan lazim
Adakah ini sistem rasmi JKM?
Tidak. Bilik Gerakan dibina oleh Jiwa Amal Malaysia untuk NGO. Data PPS dibaca daripada portal awam InfoBencana JKM, dan amaran cuaca daripada MetMalaysia melalui data.gov.my. Untuk maklumat rasmi, rujuk Portal Bencana NADMA dan agensi berkenaan.
Siapa boleh lihat apa?
Papan awam boleh dilihat sesiapa, baca sahaja, tanpa nombor telefon. Ketua team masuk ke app lapangan untuk isi keperluan dan laporan. Admin bilik gerakan urus semua, termasuk sitrep dan orang hubungan PPS.
Bagaimana team menghantar laporan?
Team hantar sitrep melalui WhatsApp seperti biasa, dalam format bebas. Admin tampal mesej itu ke dalam sistem; AI menukarnya menjadi draf, dan admin menyemak setiap rekod sebelum disimpan.
Bolehkah kami guna untuk operasi kami sendiri?
Boleh. Hubungi kami di salam@jiwaamal.org.my dan ceritakan operasi anda. Kami akan bincang cara terbaik untuk menyediakannya.